Saturday, September 4, 2010

Aura Diri

Kesan Minyak Wangi Auralife
Ke Atas Medan Tenaga Badan Manusia

Menurut kajian pakar aura, setiap sel dan organ dalam satu organisma memiliki kadar getaran yang tersendiri di dalam spektrum elektromagnetik. Inilah yang merupakan auranya. Bila aura ini diganggu oleh pengaruh luaran dalam bentuk elektromagnetik yang berbahaya (membawa penyakit), dan gelombang luaran ini tidak disingkirkan oleh badan organisma tersebut melalui penyembuh diri (self healing), hasilnya adalah organisma itu akan jatuh sakit. Bila berlaku kejadian begini, aura organisma itu jelas menunjukkan ketidakseimbangan. Hanya bila gelombang berbahaya ini disingkirkan, sel-sel organisma tersebut boleh menggunakan proses penyembuhan diri untuk mencapai keseimbangan dinamik dalam auranya. Apabila ini berlaku, organisma tersebut akan mencapai tahap kesihatan yang optimum semula.

Pendek kata, apabila seseorang itu mengalami tekanan hidup ataupun sakit, badannya diganggu gelombang luaran yang membawa penyakit. Hanya apabila gelombang tersebut disingkirkan atau dineutralkan, badannya boleh pulih.

Produk Auralife membantu menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya, secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat. Harus diingat produk minyak wangi Auralife lebih kepada wangiannya. Jika anda mendapat kesan yang baik, mungkin sampai ke tahap memulihkan pelbagai masalah (penyakit) atau menentang dan meneutralkan gelombang berbahaya secara langsung membantu badan manusia untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga. jika berlaku begitu, itu adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Auralife hanya merancang, berusaha dan berikhtiar (atas izinNYA jua).


Tindakbalas Wangian Terapi Auralife


Terapi Warna yang terdapat pada wangian Auralife bertindakbalas terhadap komposisi kimia di dalam tubuh badan anda.
Cara Penggunaan : Sembur atau titikkan wangian di atas nadi (tangan kiri) anda. Mulakan dengan Bismillah dan Salawat 3kali. Gunakan nadi di sebelah tangan kanan dan temukan di nadi sebelah tangan kiri dan buat putaran mengikut arah lawan jam kiraan 7 kali.
Kemudian sedut wangian tersebut (kerana sedutan yang membawa ke otak akan pula membawa arahan kepada anggota tubuh yang terlibat dalam proses terapi).
Untuk tujuan menaikkan seri, lelaki gunakan wangian berkod 'M' dan wanita berkod 'F'.
Manakala untuk tujuan biasa atau terapi, boleh menggunakan mana-mana kod 'M' atau 'F'.
Cara Penggunaan Untuk Menaikkan Seri :
Sembur atau titikkan wangian Auralife atas nadi di tangan kiri.
Gunakan jari manis di sebelah tangan kanan dan palitkan minyak tersebut di jari manis dan sapukan di kening sebelah kanan, kemudian di sebelah kiri pula. Bermula dari hujung kening di bahagian berdekatan hidung menuju ke hujung kening di bahagian berdekatan telinga.
Aura Diri

Aura merupakan medan tenaga biologi, ataupun medan psikik yang menyelubungi semua makhluk. Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian dari fizikal badan manusia. Saiznya berbeza, dari beberapa inci ke beberapa kaki di semua arah dan merupakan pancaran dari badan kita.

Aura sebenarnya terdiri dari 7 lapisan, di mana lapisan luaran berkaitan dengan jiwa dan roh, manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan. Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan, mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.